Dah tertunai hajat....

21:08:00


Alhamdulillah akhirnya masuk juga seciput artikel pendapat iols di Utusan. Semoga dapat berkongsi ilmu dengan para pembaca Utusan. Bukan susah untuk kita kongsi ilmu dengan semua orang ye. Okay memandangkan aku ada blog, then it will be nice if i share my two cents of opinion through this blog. At least para blogger yang lain boleh tahu fungsi 'Baby Hatch' yang disediakan oleh sebuah NGO di Malaysia. Tak salah kalau korang tau fungsinya dan pastinya korang boleh kongsi dengan pembaca blog korang tentang baby hatch ni. Its a good thing to be spread for our future. 


Apa Pengakhiran Kes Buang Bayi di Malaysia?

Hampir setiap hari saya membaca kes yang berkaitan pembuangan bayi yang ditinggal atau lebih kejam, ia dibunuh oleh individu yang tiada rasa sifat berperikemanusiaan. Masyarakat kini kurang mengambil peduli tentang penggunaan ‘Baby Hatch’ sebaliknya lebih banyak menumpukan kepada hal diri masing-masing tanpa memikirkan masalah sosial di kalangan remaja yang semakin berleluasa. Ramai yang tidak tahu atau mungkin sekali tidak endah tentang penggunaan ‘Baby Hatch’ yang disediakan oleh pihak Orphancare.

Baby Hatch merupakan tempat perlindungan yang dikhaskan untuk bayi delam usaha menangani kes pembuangan bayi di Malaysia. Ia bukanlah satu perlakuan jenayah untuk meletakkan bayi di dalam ‘baby hatch’ namun ia adalah penyelamat kepada nyawa bayi-bayi yang tidak bersalah itu.

Maka, ibu-ibu yang telah melahirkan anak tidak sah taraf di luar sana, janganlah takut untuk meletakkan anak anda di tempat yang selamat berbanding tempat yang tidak sepatutnya seperti di tepi tong sampah, di tepi jalan dan mana-mana tempat yang mengundang bahaya kepada bayi itu. Elakkan perlakuan jenayah dan fikirkan keselamatan bayi tersebut. Saya berharap supaya kes pembuangan bayi akan menurun setiap tahun selepas ini dengan wujudnya penggunaan ‘Baby Hatch’ ini. Sama-sama kita mengurangkan jenayah pembuangan bayi demi menjamin kelangsungan hidup yang akan datang.

Siti Salwa Jamahuddin
Shah Alam, Selangor.

You Might Also Like

1 comments